Penduduk Islam di negeri Assam berisiko hilang kerakyatan

Orang ramai menunggu untuk memeriksa nama dalam senarai draf di Pusat Pendaftaran Kebangsaan di sebuah kampung di daerah Nagaon, Assam, India.
Orang ramai menunggu untuk memeriksa nama dalam senarai draf di Pusat Pendaftaran Kebangsaan di sebuah kampung di daerah Nagaon, Assam, India.
A
A
A

GUWAHATI - Hampir dua juta orang di timur laut India dengan sebahagian besarnya adalah penduduk Islam berisiko kehilangan kerakyatan hari ini selepas negeri Assam mengeluarkan senarai kerakyatan yang menyasar untuk mengusir anasir asing.

Sejumlah 31.1 juta penduduk termasuk dalam senarai Pendaftar Kewarganegaraan Kebangsaan (NRC), manakala 1.9 juta lagi dianggap tidak layak, menurut satu kenyataan dari kerajaan Assam.

Kebanyakan mereka yang dikecualikan adalah Muslim.

Draf pendaftaran kewarganegaraan baharu menyatakan bahawa hanya penduduk yang mempunyai dokumen bagi membuktikan bahawa keturunan mereka tinggal di Assam sebelum tahun 1971 layak mendapatkan taraf kerakyatan.

Pada tahun tersebut, berjuta-juta penduduk Bangladesh melarikan diri ke negeri Assam akibat perang kemerdekaan.

Bagaimanapun, ia dianggap satu cabaran kepada penduduk di wilayah itu yang sebahagian besarnya buta huruf dan mungkin berdepan masalah memperoleh dokumentasi yang diperlukan.

Individu yang rayuannya ditolak akan diisytiharkan sebagai warga asing dan bakal dilucutkan kerakyatan serta hak sebagai rakyat India, sebelum dihantar ke kem tahanan sementara, selain bakal dihantar pulang.

Pengkritik-pengkritik berkata, draf itu merupakan langkah terbaharu kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi untuk meningkatkan sokongan dalam kalangan penduduk majoriti beragama Hindu.

Artikel Berkaitan:

Assam yang merupakan negeri pengeluar teh telah lama menjadi lokasi ketegangan sosial dengan penduduk tempatan berkempen menentang pendatang tanpa izin, perjuangan yang diterajui oleh kerajaan pimpinan Modi.

Pada tahun 1983, ribuan penduduk Islam diusir dan dibunuh oleh perusuh yang bersenjatakan parang di Assam. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!