Ikut kenderaan minta sedekah

Tangkap layar ciapan yang tular di media sosial berhubung insiden melibatkan wanita terbabit.
Tangkap layar ciapan yang tular di media sosial berhubung insiden melibatkan wanita terbabit.
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan seorang wanita yang memandu Perodua Kancil meminta wang daripada orang awam dengan menggunakan alasan sebagai seorang ibu tunggal menjadi tular di laman sosial.

Menerusi ciapan seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @Jailany, kejadian tersebut dikatakan berlaku di beberapa kawasan sekitar Shah Alam.

Katanya, wanita berkenaan turut mengekori kenderaan orang awam yang tidak memberi wang kepadanya sehingga mencetuskan kebimbangan banyak pihak.

Menerusi ciapan yang tular itu, pihak terbabit turut memuat naik tangkap layar menerusi WhatsApp yang memaparkan gambar wanita itu bersama kenderaannya itu.

Ciapan @Jailany yang dimuat naik pada 26 Ogos lalu turut mendapat sebanyak 6,387 ulang kicau (retweet) dan 2,068 tanda suka (like).

Selepas ciapan itu tular, beberapa netizen tampil berkongsi pengalaman pernah bertemu dengan wanita berkenaan yang didakwa menggunakan modus operandi sama sehingga mengundang kerisauan dalam kalangan mereka.

Menurut @nazlindalhar, ibunya pernah diekori wanita yang sama selepas enggan memberikan wang kepadanya sebelum ini.

"Mak saya pun ada kena, dah lah asyik ikut selagi tak bagi. Sampai mak saya cakap dia dah pencen dan tak ada banyak duit. Itu pun (wanita itu) diekorinya juga. Pandai serang orang tua," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, @amrdyaina berkata, dia turut mengalami nasib sama apabila pernah ditegur wanita berkenaan ketika berada di kawasan parkir sebuah pusat membeli-belah.

"Sama. Saya kena waktu dekat sebuah pusat membeli belah di Shah Alam. Dia sasarkan orang yang nak pergi ke kawasan parkir. Selepas dia tahu saya perasan tindakannya itu, dia cepat-cepat cabut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!