Aiskrim bendera percuma

Abdul Rahman mengagihkan aiskrim percuma kepada pengunjung sebagai usaha menyemarakkan sambutan kemerdekaan.
Abdul Rahman mengagihkan aiskrim percuma kepada pengunjung sebagai usaha menyemarakkan sambutan kemerdekaan.
A
A
A

TEMERLOH - Kecacatan tidak menghalang seorang pemuda yang juga orang kurang upaya (OKU ) untuk menyemarakkan sambutan kemerdekaan.

Abdul Rahman Zaini, 30, dari Lanchang yang mengalami kecacatan kaki spina bifida sejak lahir itu mengagihkan aiskrim Jalur Gemilang kepada pengunjung secara percuma di Pasar Malam Lanchang, semalam.

"Saya harap keamanan, kemajuan dan keharmonian yang dicapai oleh Malaysia selama ini dapat dipertahankan.

"Saya juga akan terus berusaha untuk cipta lebih banyak kejayaan. Kekurangan diri yang ada bukan jadi masalah," katanya.

Salah seorang pengunjung Pasar Malam Lanchang menerima aiskrim percuma daripada Abdul Rahman.
Salah seorang pengunjung Pasar Malam Lanchang menerima aiskrim percuma daripada Abdul Rahman.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu kini bergelar usahawan dan memiliki jenama sendiri iaitu Aiskrim Kenangan sejak tahun lalu.

Anak bongsu daripada empat beradik itu juga pernah menjadi pensyarah sambilan dan turut membuka kedai aksesori telefon di Kampung Bongsu, Lanchang.

Bagaimanapun, katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SM Corp) banyak membantu untuk meningkatkan perniagaannya.

Artikel Berkaitan:

"Saya harap lebih ramai remaja dan golongan OKU mempunyai semangat juang gitu dan melakar kejayaan dalam bidang masing-masing," katanya.

No Image Caption

Terdapat lebih 20 pilihan perisa bagi aiskrim dijual Abdul Rahman dan sering menerima tempahan terutama untuk majlis perkahwinan dan keraian di negeri ini selain berniaga di pasar malam dan pekan sehari.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!