Mayat kanak-kanak mangsa bot terbalik ditemukan

Operasi SAR Pasukan Bomba dan Penyelamat serta beberapa agensi lain tamat sejurus penemuan mayat mangsa pagi ini.
Operasi SAR Pasukan Bomba dan Penyelamat serta beberapa agensi lain tamat sejurus penemuan mayat mangsa pagi ini.
A
A
A

KUALA KRAI - Mayat kanak-kanak perempuan yang lemas selepas bot galah dinaiki terbalik berhampiran Jeti Pasir Jinggi petang Jumaat lalu ditemukan pada jam 10.05 pagi ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II,Che Razak Harun berkata, mayat Ismaniza Atira Ismail,10, ditemukan orang awam di Temangan, Machang.

"Kita menggunakan khidmat unit anjing pengesan (k9) untuk mengesan mangsa pagi ini.

"Bagaimanapun sejurus memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR),kita terima maklumat mayat mangsa telah ditemukan orang awam di Temangan, Machang," katanya yang dalam perjalanan ke lokasi penemuan mayat.

Beliau berkata, operasi SAR ditamatkan hari ini susulan penemuan mayat tersebut.

Petang Jumaat lalu, Ismaniza Atira yang tinggal di Taman Krai dikatakan mengikut bapa saudaranya pulang ke Kampung Jinggi bersama enam yang lain.

Bagaimanapun ketika hampir tiba di jeti kampung tersebut bot galah dinaiki kehabisan minyak.

Semasa bapa saudara mangsa sedang mengisi minyak bot dinaiki hanyut seterusnya terlanggar perdu buluh dan kemudianya terbalik.

Artikel Berkaitan:

Susulan kejadian itu, kesemua mangsa tercampak ke sungai menyebabkan sepupu mangsa, Noriha Azmi,3, lemas namun berjaya ditemukan penduduk kampung.

Sementara mangsa lain berenang ke tebing dan turut diselamatkan bapa Noriha.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!