Trio gerakan payung mengaku tidak bersalah
Profesor undang-undang, Benny Tai, 54, Profesor sosiologi, Chan Kin-man, 59, dan bekas pastor, Chu Yiu-ming, 74, berdepan tiga dakwaan bersubahat untuk mencetuskan kekecohan dan menghasut untuk menimbulkan gangguan awam.
Enam aktivis lain turut berdepan tuduhan sama.
Difahamkan, setiap pertuduhan membawa hukuman penjara tujuh tahun.
Penyokong mereka turut berkumpul di luar mahkamah sambil membawa payung kuning yang menjadi simbol gerakan tersebut. - Reuters
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!