Bayi baru lahir ditinggal di koridor kondominium

Bayi yang ditinggalkan masih hidup oleh pengawal keselamatan yang membuat rondaan.
Bayi yang ditinggalkan masih hidup oleh pengawal keselamatan yang membuat rondaan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pembantu rumah warga Filipina ditahan polis selepas dipercayai meninggalkan bayi yang baru beberapa hari dilahirkannya, di koridor sebuah kondominium di Taman Melati Wangsa Maju, kelmarin.

Bayi perempuan yang ditemukan masih bernyawa itu diletakkan dalam beg kitar semula, disedari oleh pengawal keselamatan yang sedang membuat rondaan pada jam 7.30 malam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, suspek bertindak meninggalkan bayinya selepas fikirannya bercelaru dan ketakutan.

Menurutnya, suspek berusia 33 tahun itu berjaya dikesan selepas tampil menemui salah seorang pengawal keselamatan untuk mendapatkan semula bayi yang ditinggalkan itu.

"Wanita tersebut belum berkahwin dan ditinggalkan kenalan (bapa bayi) yang pulang ke Filipina Februari lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan mengandung.

"Suspek melahirkan bayi berkenaan 27 Ogos lalu dalam bilik bersendirian tanpa pengetahuan sesiapa termasuk majikannya,” katanya.

Katanya, bayi berkenaan dalam keadaan stabil namun dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!