Rumah kedai Connought Avenue terbakar

Pasukan bomba menggunakan tangga untuk memadamkan kebakaran di tingkat dua sebuah rumah kedai di Connought Avenue hari ini. (Kesan kebakaran di tingkat dua di rumah kedai di Connought Avenue hari ini.)

A
A
A

KUALA LUMPUR - Rumah kedai di Connought Avenue, Taman Bukit Cheras di sini terbakar pagi tadi menyebabkan tempat sembahyang di tingkat dua premis itu musnah 20 peratus.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan, panggilan kecemasan diterima jam 8.07 pagi dan sepasukan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras, Bandar Tun Razak dan Sungai Besi dikejarkan ke lokasi.

"Kebakaran berlaku di tingkat dua berkeluasan 1,200 kaki persegi yang dijadikan tempat sembahyang.

"Api dapat dikawal jam 8.20 pagi dan dipadamkan 45 minit kemudian serta operasi tamat sepenuhnya jam 10.55 pagi," katanya.

Katanya, tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu dan punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!