Anggota polis maut kereta rempuh tiang elektrik

Kemalangan berlaku di Kilometer 1, Jalan Bentong-Raub, hari ini.
Kemalangan berlaku di Kilometer 1, Jalan Bentong-Raub, hari ini.
A
A
A

BENTONG - Seorang anggota polis maut selepas keretanya terbabas merempuh tiang elektrik di Kilometer 1, Jalan Bentong-Raub, hari ini.

Dalam kejadian jam 7.10 pagi itu, mangsa, Mohd Effendi Muhammad,33, yang bertugas di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub dalam perjalanan ke tempat kerjanya dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis daerah, Superintenden Yusof Unis berkata, semasa kejadian mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Raub bersama dua rakannya.

"Apabila sampai di tempat kejadian pemandu kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang elektrik.

"Akibat kejadian mangsa yang berada di tempat duduk penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang belakang mengalami kecederaan,"katanya.

Ujarnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat.

"Manakala pemandu kereta dan penumpang belakang yang cedera dirawat di hospital sama.

"Kes ini disiasat mengikuti Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan masih dilakukan," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!