Veteran UMNO cabar Tun M bubar Parlimen

MUSTAPHA
MUSTAPHA
A
A
A

SHAH ALAM - Veteran UMNO mencabar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya segera mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memohon perkenan membubarkan Parlimen untuk membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.

Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, Dr Mahathir perlu membuktikan dakwaan beliau mengenai Pakatan Harapan (PH) akan menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) demi maruahnya sebagai perdana menteri.

“Veteran UMNO mengalu-alukan dakwaan Dr Mahathir yang kononnya PH akan menang sekiranya PRU15 diadakan sekarang.

“Dakwaan yang sedemikian jelas menunjukkan bahawa PH kuat dan mendapat sokongan rakyat,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata, pihaknya yakin majoriti rakyat Malaysia mahukan PRU15 diadakan dengan segera walaupun tempoh penggal PRU14 belum tamat.

Jelasnya, rakyat di negara ini sudah tidak sanggup untuk berada di bawah pimpinan seorang perdana menteri yang lemah.

“Rakyat juga tahu PH adalah sebuah kerajaan yang gagal dan penuh dengan kepura-puraan dan penipuan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: PM yakin PH tidak akan tumbang jika pilihan raya hari ini

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Dr Mahathir yakin sekiranya PRU15 diadakan sekarang rakyat akan tetap memilih PH.

Pengerusi PH itu berkata, keyakinan itu sekali gus, melebur dakwaan segelintir pihak bahawa PH akan kalah namun beliau mengakui kerajaan menghadapi masalah komunikasi terutamanya dalam isu agama dan kaum.

Beliau berkata, pihaknya yakin menang walau ada yang kata akan kalah, namun beliau percaya kalau bertanding sekarang tetap menang juga.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!