Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Tokoh Maal Hijrah Johor

Ishak ketika ditemuramah pemberita.
Ishak ketika ditemuramah pemberita.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Ishak Abd Hamid dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1441 Peringkat Negeri Johor di Pusat Islam Iskandar, di sini hari ini.

Ishak, 77, membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM10,000, sijil penghargaan dan sebuah plak yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Ishak ketika ditemui pemberita mengucapkan rasa syukur di atas penganugerahan yang diterima sempena sambutan Maal Hijrah kali ini.

"Alhamdulillah anugerah ini kali kedua. Pertama (peringkat daerah) Mersing, yang kedua ini.

"Dahulu saya mengajar di surau-surau dan masjid-masjid. Di mana surau dan masjid saya tak masuk? Semua masuk," katanya ketika ditemui selepas pelancaran Sambutan Maal Hijrah Peringkat Johor 1441H/2019M di Pusat Islam Iskandar di sini hari ini.

Ishak turut menasihatkan kepada semua masyarakat terutama umat Islam agar menjaga keluarga masing-masing dan menjadi orang yang berilmu.

Dr Sahruddin bersama penerima anugerah Maal Hijrah Peringkat Negeri Johor bagi tahun 1441H/2019M.
Dr Sahruddin bersama penerima anugerah Maal Hijrah Peringkat Negeri Johor bagi tahun 1441H/2019M.

"Anak jangan lupa sampai hafal al-Quran. Ajarlah al-Quran. Alif Ba Ta pun tak apa.

Artikel Berkaitan:

"Nasihat saya, belajar al-Quran lebih baik. Memberikan kejayaan dunia dan akhirat," katanya.

Selain pernah menjawat Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Ishak sebelum itu merupakan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru dan Pegawai Syariah.

Beliau juga pernah bertugas di Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam, Kadi daerah Mersing, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Kadi daerah Kluang.

Pada majlis sama, turut disampaikan Anugerah Maal Hijrah Kategori Saudara Kita (Lelaki) kepada Muhammad Azri Ganesh Abdullah dari Johor Bahru.

Anugerah Maal Hijrah Kategori Saudara Kita (Wanita) pula disandang Salina Teo Abdullah dari Muar.

Bagi Anugerah Maal Hijrah Kategori Saudara Kita (Orang Asli) diberikan kepada Amri Ahmad dari Pontian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!