Muafakat pertahan kestabilan negara: Amirudin

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Masyarakat diingatkan supaya terus bersatu selain bermuafakat dalam mempertahankan kerukunan, kestabilan dan keharmonian negara ini.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, pengorbanan yang bukan kepalang dalam meninggalkan keselesaan anak isteri, harta juga tanah air demi matlamat perjuangan yang lebih besar wajar diambil iktibar buat umat saat ini.

"1 Muharram merupakan tarikh peringatan peristiwa Hijrah baginda Nabi Muhamad SAW bersama sahabat dari Mekah ke Madinah justeru telah membuka sinar baru kepada dakwah dan perkembangan Islam.

"Jerit perih yang lalui golongan Muhajirin dari Kota Mekah yang bertabah hati dan menyabung nyawa dalam siri perpindahan atau hijrah sewaktu di bawah penindasan Musyrik pimpinan Abu Jahal memang menginsafkan," katanya dalam perutusan Hijrah semalam.

Beliau berkata, Hari Kebangsaan negara ke-62 yang baru sahaja disambut semalam menonjolkan semangat pejuang terdahulu untuk memperoleh kebebasan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!