Nubhan Tak Tahan: Sedia terima kecaman

Penyanyi, Nubhan
Penyanyi, Nubhan
A
A
A

PENYANYI, Nubhan bersedia menerima kecaman warganet gara-gara mempamerkan lelaki tidak berbaju menerusi muzik video single terbaharunya, Tak Tahan.

Ahmad Nubhan Ahamad atau lebih dikenali Nubhan, 33, berkata, dia cuma menyelitkan elemen persilatan kerana lagu terbaharunya itu mempunyai elemen pop fusion yang memuatkan elemen tradisional.

“Walaupun mereka tidak berbaju tetapi masih menjaga batas aurat lelaki.

“Justeru itu, saya minta lihatlah dari sudut positif, mereka hanya bersilat. Bukannya saya hendak mengeksploitasi tubuh lelaki kerana nak hasilkan MV ini.

“Sebagai penyanyi saya cuba terima apa sahaja kritikan dan komen dengan hati terbuka,” jelas Nubhan dengan tenang.

Nubhan ditemui Sinar Harian pada sidang media pelancaran single terbaharunya di Matic, Kuala Lumpur.

Lagu baharu Nubhan merupakan hasil ciptaan bersama komposer Indonesia, Ressa Herlambang dan Rizky manakala lirik ditulis oleh Merak Bersyair.

Muzik video lagu Tak Tahan sudah dimuat naik di YouTube

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Nubhan juga menampilkan isterinya Dr Fie Tawfek dalam muzik video berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!