DAP tiada banyak duit untuk biaya Amanah

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menegaskan bahawa DAP tidak memiliki dana kewangan yang besar untuk membiayai Amanah seperti dakwaan sesetengah pihak.

Mohamad memberitahu, DAP juga hanya mencari duit menerusi kutipan makan malam.

"DAP bukan ada duit. Mereka pun cari duit dengan kutipan makan malam," katanya dalam wawancara bersama akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Menteri Pertahanan itu menjelaskan, dakwaan Amanah mendapat duit DAP itu muncul daripada tanggapan pihak yang memerlukan dana untuk menggerakkan kegiatan parti politik.

"Ini semua persepsi orang, mereka (yang) menjalankan kerja politik dengan duit.

"Jadi mereka beranggapan kami (Amanah) pun macam itu," katanya tanpa menjelaskan butiran terperinci pihak yang dimaksudkannya itu.

Bercerita pengalamannya bersama Amanah ketika menjadi pembangkang, Mohamad berkata, beliau tidak memerlukan wang yang banyak untuk menggerakkan kegiatan parti itu.

"Saya ketika berjuang bersama Amanah, saya boleh tidur di surau, boleh tidur di stesen kereta api, boleh naik bas, kereta api dan kapal terbang.

Artikel Berkaitan:

"Kawan-kawan bagi RM50 dan RM100 sudah cukup duit untuk bergerak, tidak perlu wang berjuta. Kita tiada masalah (perlu dana untuk buat kerja) sebab kita dilatih sebegitu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!