Jalur Gemilang 2,000 tapak tangan

Sukarelawan Team Ngukah Walk Fit Hulu Terengganu bersama komuniti Kampung Kuala Por, Hulu Terengganu mengibarkan Jalur Gemilang cap tapak tangan sepanjang 150 meter atas puncak Bukit Belimbing sempena Hari Kemerdekaan tahun ini.

A
A
A

HULU TERENGGANU - Team Ngukah Walk Fit Hulu Terengganu berjaya menghasilkan Jalur Gemilang cap tapak tangan sepanjang 150 meter bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

Pengerusi penaja, Raziei Md Rahim berkata, kira-kira 10 sukarelawan mengambil masa lebih kurang dua minggu menjayakan misi berkenaan sekaligus mencipta rekod tersendiri.

"Sukarelawan bergerak ke seluruh daerah ini khususnya ke tempat-tempat awam, sekolah dan madrasah bagi mendapatkan sebanyak mungkin cap tapak tangan daripada komuniti pelbagai peringkat umur.

"Kita berjaya dapatkan lebih kurang 2,000 cap tapak tangan dengan penyertaan paling cilik iaitu bayi berusia lapan bulan. Projek ini juga mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuk Hospital Hulu Terengganu.

Pelbagai peringkat usia memberi sokongan dengan cap tapak tangan mereka bagi menzahirkan semangat patriotisme dalam diri.
Pelbagai peringkat usia memberi sokongan dengan cap tapak tangan mereka bagi menzahirkan semangat patriotisme dalam diri.

Menurutnya, ia merupakan projek pertama Team Ngukah Walk Fit Hulu Terengganu dan kos merealisasikan projek itu adalah hasil sumbangan ahli sendiri serta individu perseorangan.

"Sebelum ini, Jalur Gemilang berkenaan telah direntang buat kali pertama di Kampung Kuala Por, Hulu Terengganu sempena Terengganu Merdeka Hike 2019 pada 24 Ogos lalu.

"Hari ini (kelmarin) sempena Hari Kemerdekaan ke-62, kami kibarkannya di puncak Bukit Belimbing, Kampung Kuala Por bersama-sama komuniti kampung sewaktu Program Sihat Merdeka Kampung Kuala Por," katanya.

Artikel Berkaitan:

Team Ngukah Walk Fit Hulu Terengganu mengambil masa lebih-kurang dua minggu menyiapkan Jalur Gemilang cap tapak tangan ini.
Team Ngukah Walk Fit Hulu Terengganu mengambil masa lebih-kurang dua minggu menyiapkan Jalur Gemilang cap tapak tangan ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!