200 bangkai nyamuk untuk 1 kg beras

Kaedah itu diperkenalkan untuk menangani masalah nyamuk.
Kaedah itu diperkenalkan untuk menangani masalah nyamuk.
A
A
A

MANILA - Sebuah kampung di wilayah Bataan di Filipina telah memperkenalkan cara baharu untuk menangani masalah nyamuk dengan memberikan 'ganjaran ' untuk jumlah serangga itu yang berjaya dihapuskan.

Pengerusi Majlis Kampung Alion, Marcialito 'Al' Balan berkata, nyamuk pembawa virus denggi telah mencetuskan kebimbangan serius terhadap penduduk.

"Jadi, kami mencadangkan skim yang mana setiap 200 ekor bangkai nyamuk yang diberikan kepada kami akan mendapat sekilo beras," katanya.

Menurutnya, penduduk tempatan biasanya menggunakan pinggan dilumuri dengan minyak masak untuk membunuh nyamuk.

"Kaedah itu telah digunakan sejak sekian lama," ujarnya.

Data rasmi sejak Januari hingga minggu pertama bulan Ogos menunjukkan jumlah penghidap denggi di negara itu telah mencecah 188,562 orang.

Jumlah kematian akibat komplikasi virus itu pula mencecah 807 kes berbanding 497 kes dalam tempoh sama pada tahun lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!