GRO dinilai ikut kalungan bunga berbeza warna

Antara kalungan bunga yang dirampas dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Bandar Puteri Puchong malam tadi.
Antara kalungan bunga yang dirampas dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Bandar Puteri Puchong malam tadi.
A
A
A

PUCHONG - Gadis pelayan pelanggan (GRO) disediakan kalungan bunga berbeza mengikut warna sekiranya layanan yang diberikan memuaskan.

Itu antara kegiatan yang dibongkar sepasukan polis dari Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sebuah pusat hiburan di Bandar Puteri di sini malam tadi.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Azmi Shukor berkata, pembongkaran itu dibuat dalam serbuan Ops Noda pada jam 11 malam hasil risikan selama satu minggu.

Menurutnya, dalam serbuan itu, seramai 18 wanita warga asing disyaki GRO berusia lingkungan 20 hingga 30-an ditahan.

"Semakan mendapati wanita itu terdiri daripada 13 warga Vietnam dan lima Thailand.

"Turut ditahan adalah dua lelaki tempatan bersama tiga lelaki warga Myanmar merupakan pekerja premis selain rampasan kalungan bunga, buku kerja, bil dan wang tunai," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Antara yang ditahan dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Bandar Puteri Puchong malam tadi.
Antara yang ditahan dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Bandar Puteri Puchong malam tadi.

Azmi berkata, siasatan mendapati, ini adalah kali ketiga premis berlesen itu diserbu selepas dipercayai menggajikan wanita warga asing sebagai GRO.

Artikel Berkaitan:

Katanya, semasa serbuan, GRO tersebut cuba melarikan diri dengan merempuh pintu belakang yang sudah dikawal polis.

Malah, terdapat juga cubaan menyembunyikan diri di pintu terowong tandas perempuan premis terbabit.

"Soal siasat mendedahkan khidmat GRO itu dinilai berdasarkan layanan dengan kalungan bunga mengikut harga. Sekiranya layanan itu bagus, GRO itu akan mendapat kalungan merah bernilai RM50, merah dan kuning RM40 dan kuning RM30," katanya.

Tambahnya, siasatan masih dijalankan dan kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk tindakan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!