Keadaan pesisir pantai Selangor terkawal

Keadaan di beberapa lokasi pesisir pantai di Selangor masih terkawal.
Keadaan di beberapa lokasi pesisir pantai di Selangor masih terkawal.
A
A
A

KLANG - Unit Bencana Selangor sentiasa memantau perkembangan sekitar kawasan pesisiran pantai di negeri ini.

Setakat ini tiada kawasan yang dilaporkan mengalami banjir akibat fenomena air pasang besar.

Ketua Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor, Ahmad Fairuz Mohd Yusof berkata, hasil pemantauan dan maklumat yang diterima oleh agensi keselamatan berkaitan fenomena air pasang besar, keadaan adalah baik dan terkawal.

"Bacaan jadual air pasang besar untuk Pelabuhan Klang, ketinggian paras air laut dicatatkan pada 5.5 meter dan setakat ini tiada limpahan dikesan melepasi ban atau benteng.

"Ban dan benteng di pesisir pantai kukuh dan dalam keadaan baik," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Pemantauan dijalankan agensi terlibat di sekitar pesisir pantai negeri Selangor.
Pemantauan dijalankan agensi terlibat di sekitar pesisir pantai negeri Selangor.

Terdahulu, daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam diletakkan dalam persediaan peringkat tinggi bagi menghadapi fenomena air pasang besar kerana berisiko tinggi mengalami banjir jika berlaku angin kencang dan hujan lebat.

Fenomena air laut pasang besar diramal berlaku pada 1 hingga 2 September, 29 September sehingga 2 Oktober dan 27 sehingga 30 Oktober di pesisir pantai Selangor, dengan ketinggian paras air laut dijangka mencecah 5.7 meter.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!