Rumah terbakar: Lima beranak terselamat

Aslinda dan empat anaknya tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah terbakar.
Aslinda dan empat anaknya tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah terbakar.
A
A
A

DUNGUN - Tindakan pantas seorang murid tahun lima mengejutkan ibu dan adik-adiknya dari tidur berjaya menyelamatkan mereka lima beranak daripada terperangkap dalam rumah yang terbakar di Kampung Sura Tengah di sini awal pagi tadi.

Nur Adriana Batrissya Abdullah, 11, yang juga anak sulung daripada empat beradik menyedari rumahnya terbakar kira-kira jam 1 pagi.

Ibunya, Aslinda Jusoh, 32, berkata, dia bersyukur kerana anak sulungnya bertindak cepat sebaik menyedari rumah mereka dijilat api.

"Saya tergamam seketika apabila anak sulung kejutkan saya sambil beritahu rumah terbakar, dia juga kejut semua adik-adik.

"Kami kemudian cepat-cepat keluar dari rumah kerana api marak dengan cepat dan saya cuma sempat capai kad pengenalan dan dokumen penting sahaja," katanya.

Keadaan rumah kayu didiami Aslinda lima beranak yang musnah dijilat api dalam kebakaran di Kampung Sura Tengah, Dungun.
Keadaan rumah kayu didiami Aslinda lima beranak yang musnah dijilat api dalam kebakaran di Kampung Sura Tengah, Dungun.

Ekoran kejadian itu rumah mereka musnah 100 peratus dan mereka tinggal sehelai sepinggang.

Aslinda yang juga pembantu kantin di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Dungun berkata, ketika kejadian suaminya tiada di rumah kerana bekerja di Melaka.

Artikel Berkaitan:

Susulan insiden, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik menghulurkan sumbangan wang tunai kepada mangsa sekeluarga.

Menurut Wan Hapandi, bantuan segera seperti pakaian sekolah, pakaian harian dan makanan akan diserahkan secepat mungkin.

Wan Hapandi menyerahkan bantuan segera berbentuk eang tunai kepada Aslinda.
Wan Hapandi menyerahkan bantuan segera berbentuk eang tunai kepada Aslinda.

"Kita juga akan cuba berbincang dengan kerajaan negeri untuk membantu keluarga ini dari segi bantuan membina rumah baharu atau apa juga bantuan sekalipun yang dapat meringankan beban keluarga ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!