Pesawat dilencong, penumpang mahu bersalin
KUALA LUMPUR - Sebuah pesawat domestik Air Asia dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sandakan, Sabah, terpaksa dilencongkan ke Miri semalam selepas salah seorang penumpang sarat mengandung menunjukkan tanda-tanda mahu bersalin.
Memetik laporan Utusan Borneo hari ini, susulan itu, pesawat AK5194 yang membawa 130 penumpang dan enam anak kapal itu mendarat di Lapangan Terbang Miri pada jam 5.28 petang.
Pengurus Lapangan Terbang Miri, Zainal Abidin Harun berkata, sebaik sahaja mendarat, penumpang tersebut dihantar ke Hospital Miri.
"Pesakit selamat dihantar ke hospital dan melahirkan bayi lelaki pada jam 5.58 petang.
"Pesakit berasal dari Sandakan dan dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur," katanya.
Zainal Abidin berkata, penerbangan ke Sandakan kemudian diteruskan pada jam 6.27 petang tanpa penumpang tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!