Juruterbang pelatih jadi penyelamat

Juruterbang pelatih terbabit berjaya mendaratkan pesawat berdasarkan panduan diberikan pengendali di Lapangan Terbang Perth.
Juruterbang pelatih terbabit berjaya mendaratkan pesawat berdasarkan panduan diberikan pengendali di Lapangan Terbang Perth.
A
A
A

CANBERRA - Seorang juruterbang pelatih di Australia berjaya mendaratkan sebuah pesawat ringan ketika latihan terbang selepas pengajarnya jatuh pengsan secara tiba-tiba.

Max Sylvester turut membuat panggilan kecemasan kepada pusat kawalan trafik udara ketika kejadian pada Sabtu lalu.

Pengendali di Lapangan Terbang Perth bertindak segera memberi panduan kepadanya untuk mengawal pesawat Cessna terbabit.

Menerusi rakaman panggilan kecemasan yang dibuat Sylvester, lelaki itu turut memaklumkan tentang keadaan pengajarnya sebelum mengambil alih untuk menerbangkan pesawat tersebut.

Ketika disoal tentang cara pengendalian pesawat tersebut, Sylvester memberitahu ia adalah latihan pertamanya dan dia juga tidak pernah cuba mendaratkan pesawat sebelum ini.

Tindakan pantas dan reaksi tenang Sylvester mendapat pujian pengendali di lapangan terbang terbabit. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!