Pemandu lori direman empat hari gara-gara komen perkauman

Kenyataan dibuat suspek yang tular di Facebook.
Kenyataan dibuat suspek yang tular di Facebook.
A
A
A

PORT DICKSON - Gara-gara kenyataan berunsur perkauman dan penghinaan yang dimuat naik di laman sosial Facebook, seorang pemandu lori terpaksa bermalam di penjara.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Jementah, Johor, Jumaat lalu.

"Penahanan suspek dibuat susulan laporan seorang pengadu pada Khamis lalu berhubung komen dibuat suspek di laman sosial yang disifatkan pengadu boleh menggugat keharmonian negara yang berbilang kaum," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, ketika di soal siasat, suspek mengaku menulis komen berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan satu hantaran yang dibuat oleh pemilik akaun Facebook lain.

Sehubungan itu katanya, suspek direman empat hari di lokap Ibu Pejabat Daerah Port Dickson bermula Sabtu hingga esok untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!