Syed Saddiq bantah cadangan MTUC naik had umur bersara

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membantah cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk menaikkan umur persaraan dari 60 ke 65 tahun.

Menurutnya, perbandingan dengan negara maju tidak tepat apabila kadar pengangguran belia Malaysia menunjukkan pada tahap 10.7 peratus berbanding di Jepun 3.4 peratus dan Singapura 5.9 peratus.

"Kita perlu fokus memberi peluang pekerjaan kepada anak muda terlebih dahulu.

"Pada masa yang sama kita hendak pastikan anak muda dinaikkan pangkat. Mereka berkebolehan, berwawasan sepatutnya dibuka ruang seluas mungkin," kongsinya melalui satu video di laman Twitter rasminya hari ini.

Beliau meminta supaya jangan membantutkan kebolehan anak muda untuk dinaikkan pangkat.

"Tidak cukup hanya ungkap di bibir bahawa anak muda masa depan negara tetapi kita tidak berani memberikan mereka peluang secukupnya untuk merangka masa depan negara tercinta," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!