Kanak-kanak OKU jatuh sungai masih belum ditemui

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUCHING - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang dipercayai terjatuh ke dalam sungai dari Pengkalan Perahu Tambang Kabong, Saratok, kira-kira lima jam perjalanan darat dari sini hari ini, sudah memasuki hari keenam, namun ia masih tidak membuahkan sebarang hasil.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, operasi mencari Nur Syahadah Fatihah Imam 10, hari ini yang dimulakan seawal pukul 7.15 pagi, ditangguhkan pada kira-kira pukul 5 petang.

Beliau berkata operasi diketuai oleh Ketua Balai Bomba Saratok, Nazri Mohamat, dan pencarian dibuat dengan menyusuri sungai pada radius lima kilometer dari lokasi Nur Syahadah dipercayai jatuh, menggunakan teknik ‘water surface searching’ dan pencarian di daratan.

“Operasi SAR itu turut disertai pasukan polis, APM dan penduduk kampung menggunakan tiga bot dan dua kapal nelayan,” katanya dalam satu kenyataan.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!