Ucapkanlah salam sesama saudara seagama

APABILA bertandang ke suatu tempat atau bertemu saudara seagama, ucapkanlah salam kepada mereka.
APABILA bertandang ke suatu tempat atau bertemu saudara seagama, ucapkanlah salam kepada mereka.
A
A
A

APABILA kita bertandang ke suatu tempat, ucapan salam akan terpacul dari bibir kita sebagai tanda meminta keizinan tuan rumah.

Begitu juga apabila memulakan perbualan di telefon dan melakukan perbincangan, lafaz Assalamualaikum akan menjadi perkataan pertama diucapkan.

Ucapan Assalamualaikum sebenarnya merupakan langkah pertama ke arah mewujudkan perasaan kasih sayang sesama umat Islam.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaan-Nya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak dikatakan beriman dengan sempurna sehinggalah kamu berkasih sayang. Sukakah kamu jika aku tunjukkan sesuatu apabila kamu melakukannya, nescaya kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah ucapan salam di kalangan kamu.” (Riwayat Muslim)

Hadis itu menyatakan, sifat kasih sayang boleh menyempurnakan keimanan seseorang yang merupakan 'tiket' utama untuk ke syurga.

Salah satu caranya adalah dengan menyebarkan salam setiap kali bersua dengan saudara seagama kita.

Sebenarnya dengan ucapan salam itu, ia akan mempereratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita.

Sebab itulah umat Islam digalakkan untuk mengucapkan Assalamualaikum sebagai amalan kita.

Artikel Berkaitan:

Apapun, hukum memberi salam ialah sunat, tetapi menjawab salam pula hukumnya adalah wajib.

(Sumber: Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!