Nyaris maut kereta terbabas, terbakar

Kereta Toyota Camry dipandu lelaki berusia 59 tahun itu terbabas ke longkang dan terbakar.
Kereta Toyota Camry dipandu lelaki berusia 59 tahun itu terbabas ke longkang dan terbakar.
A
A
A

HULU SELANGOR - Seorang pemandu nyaris maut apabila kereta dipandu terbabas ke longkang dan terbakar di Jalan Rasa - Bukit Beruntung di sini hari ini.

Mangsa, Lee Ming, 69, berjaya diselamatkan orang awam yang bertindak pantas mengeluarkan mangsa dalam kejadian tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.01 pagi.

"Sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bersama jentera ke lokasi kejadian.

"Menurut komander operasi, setibanya jentera di lokasi didapati benar kemalangan melibatkan sebuah kereta Toyota Camry terbabas ke dalam longkang dan terbakar," katanya.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan patah tangan kanan dan dihantar ke Hospital Selayang

"Kebakaran berjaya dipadamkan bomba dan pemandu kereta dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai di lokasi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!