Isu 'Starbucks haram' sengaja diulang di media sosial

Jakim sah kenyataan tular berhubung dakwaan mengharamkan minuman kopi terkenal, Starbucks adalah palsu dan sengaja diulang di media sosial.
Jakim sah kenyataan tular berhubung dakwaan mengharamkan minuman kopi terkenal, Starbucks adalah palsu dan sengaja diulang di media sosial.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan kenyataan tular tokoh agama, Dr Zahazan Mohammad yang didakwa mengharamkan minuman kopi terkenal, Starbucks adalah palsu dan sengaja diulang di media sosial.

Kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Bahagian Hab Halal, Jakim itu berkata, isu berkenaan telah diperjelaskan ketika kenyataan tersebut mula tular pada 2016.

"Viral berkenaan dakwaan seorang tokoh agama mengeluarkan kenyataan haramnya Starbucks kembali menghantui alam maya.

"Isu ini merupakan isu kitar semula yang telah dijawab oleh pihak kami pada 10 Mei 2016 yang lalu. Berikut kami muat naik kembali jawapan bagi fitnah ini," katanya menerusi Facebook, hari ini.

Pada masa sama, Jakim turut menjelaskan bahawa premis Starbucks adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan tarikh luputnya masih sah sehingga kini.

"Sehubungan itu, pengguna adalah dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan.

"Sila semak status halal produk di www.halal.gov.my atau direktori Halal Malaysia di aplikasi telefon pintar MyJakim," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!