Kanser penyebab utama kematian di negara kaya

Pada tahun 2017, sekitar 17.7 juta kematian direkodkan akibat sakit jantung.
Pada tahun 2017, sekitar 17.7 juta kematian direkodkan akibat sakit jantung.
A
A
A

PARIS - Penyakit kanser kini membunuh lebih ramai orang di negara kaya, menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Lancet, hari ini.

Bagaimanapun data menunjukkan, penyakit jantung kekal sebagai punca utama kematian di kalangan orang dewasa pertengahan umur di seluruh dunia di mana ia menyumbang lebih 40 peratus kematian.

Pada tahun 2017, sekitar 17.7 juta kematian direkodkan akibat sakit jantung.

Menurut Prof Emeritus Gilles Deganais dari Laval University, Quebec, hasil kajian pasukannya mendapati kanser adalah punca kematian paling umum kedua di dunia pada 2017 yang menyumbang lebih satu perempat atau 26 peratus daripada semua kematian.

"Dunia hari ini menyaksikan peralihan epidemiologi baharu di kalangan kategori penyakit tidak berjangkit dengan penyakit kardiovaskular bukan lagi menjadi sebab utama yang meragut nyawa di negara berpendapatan tinggi," katanya.

Katanya lagi, kanser boleh menjadi penyebab utama kematian di seluruh dunia dalam beberapa dekad memandangkan kadar penyakit jantung di dunia menurun.

Difahamkan, kajian dijalankan selama 10 tahun ke atas orang dewasa di negara berpendapatan tinggi, sederhana dan rendah.

Secara purata, rakyat di negara miskin meninggal dunia 2.5 kali lebih tinggi akibat sakit jantung berbanding penduduk di negara kaya. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!