Felda Chiku dilanda hujan batu

Ketulan ais yang turun bersama hujan di Felda Chiku petang tadi.
Ketulan ais yang turun bersama hujan di Felda Chiku petang tadi.
A
A
A

GUA MUSANG - Penduduk di sekitar gugusan Felda Chiku, di sini teruja apabila hujan air batu melanda kawasan perkampungan mereka petang tadi.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 6 petang itu berlanjutan selama lebih 10 minit di kawasan Felda Chiku 03, 05 dan 06.

Bukan sahaja teruja, malah ada di kalangan penduduk turut mengutip ketulan ais itu untuk dimakan.

Menurut penduduk Felda Chiku 06, Ayu Malini Che Daud, 39, meskipun hujan air batu itu diselangi dengan kilat dan petir, namun dia tidak melepaskan peluang mengutip ketulan ais.

"Fenomena hujan ais ini jarang berlaku dan sudah lama saya tidak melihatnya. Masa saya kecil dahulu, ibu akan tadah ketulan ais ini dan beri kepada kami adik-beradik untuk dimakan.

"Orang tua-tua kata, ia memberi khasiat dan boleh dijadikan ubat tapi saya tidak pasti khasiat khusus.

"Jadi, saya cuba kutip hari ini untuk diberikan kepada anak-anak pula," katanya lagi.

Seorang lagi penduduk, Wan Afiqah Wan Hassan, 20, berkata, dia rela kebasahan demi mendapatkan ketulan ais kerana pernah mendengar daripada orang terdahulu mengenai ketulan tersebut yang boleh mendatangkan banyak khasiat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!