Dua kawasan catat IPU tidak sihat

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR- Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara pada 8 malam ini, menunjukkan dua kawasan mencatatkan status kualiti udara tidak sihat.

Mengikut data Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU 150 dicatatkan di Johan Setia, Selangor manakala bacaan IPU 105 direkodkan di Seri Manjung, Perak.

APIMS turut melaporkan 60 kawasan berada pada tahap IPU sederhana hari ini, manakala enam kawasan berada pada tahap baik iaitu Kapit, Sekolah Kebangsaan Kuala Baram 2 (Miri) dan Limbang di Sarawak serta Kimanis dan Tawau di Sabah, serta Labuan.

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Orang awam boleh merujuk laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar, MyIPU di ‘Google Play’ bagi mendapatkan bacaan IPU terkini. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!