'Calon UPSR di Sabah perlu jaga kesihatan, keselamatan'

Foto: Bernama
Foto: Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Pengarah Pendidikan Sabah, Dr Mistirine Radin mengingatkan seramai 44,196 calon menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019 di negeri ini supaya menjaga kesihatan dan keselamatan sepanjang peperiksaan berlangsung sehingga minggu depan.

Mistirine berkata, kedua-dua aspek itu penting bagi memastikan calon sentiasa berada dalam keadaan optimum ketika menduduki UPSR yang bermula serentak hari ini.

UPSR 2019 dijalankan pada 4, 5, 10, 11 dan 12 September.

"Saya meminta kepada semua calon supaya menjaga kesihatan dan keselamatan sepanjang ujian minggu ini dan minggu depan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mistirine berkata sebanyak 1,090 pusat peperiksaan akan digunakan membabitkan 987 Sekolah Kebangsaan, 86 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan 17 sekolah swasta.

Jabatan itu turut melantik seramai 6,083 petugas terdiri daripada penyelia kawasan, ketua pengawas, timbalan ketua pengawas dan pengawas bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar, katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!