Anak AR Badul maut terkena tembakan

Video kejadian tular di laman sosial hari ini.
Video kejadian tular di laman sosial hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Anak kepada pelakon AR Badul, Mejar Mohd Zahir Armaya disahkan meninggal dunia selepas tertembak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.

Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, sebelum disahkan meninggal dunia.

Sebelum ini, satu rakaman video tular mengenai seorang pegawai tentera meninggal dunia selepas terkena tembakan pada program demonstrasi tersebut.

Difahamkan mangsa meninggal dunia selepas terkena tembakan daripada salah seorang peserta demonstrasi apabila peluru digunakan menembusi jaket kalis peluru yang dipakai mangsa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!