Pembantu perawatan kesihatan rugi lebih RM20,000
KUANTAN - Seorang pembantu perawatan kesihatan rugi RM29,421 selepas diperdaya sindiket Macau Scam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang berusia 29 tahun itu didakwa ada tunggakan pinjaman yang disenarai hitam.
Menurutnya, seorang individu mengaku dirinya anggota polis mengarahkan mangsa menukar nombor TAC bank sebelum mendapati baki akaunnya hanya tinggal RM79.
"Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah Rompin Rompin kelmarin," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!