'Celik-celik mata kereta dah remuk'

Kemalangan membabitkan 14 kenderaan di simpang Bandar Amanjaya pagi tadi.
Kemalangan membabitkan 14 kenderaan di simpang Bandar Amanjaya pagi tadi.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Sebanyak 14 kenderaan termasuk sebuah bas kilang terlibat kemalangan di simpang Bandar Amanjaya berdekatan lampu isyarat di sini kira-kira jam 7.55 pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku apabila bas kilang yang dinaiki beberapa pekerja gagal mengawal pergerakan dipercayai akibat kerosakan brek sehingga melanggar sebuah kenderaan di hadapannya.

Antara kenderaan yang terbabit kemalangan pagi tadi.
Antara kenderaan yang terbabit kemalangan pagi tadi.

Pelanggaran itu menyebabkan kenderaan yang berada di hadapan merempuh kenderaan lain.

Seorang mangsa, Mansor Harun, 50, berkata, ketika kejadian itu, dia sedang dalam perjalanan dari arah Spice Village menghala ke lampu isyarat Jalan Lencongan Timur sebelum menyedari kenderaannya secara tiba-tiba meluncur ke depan.

Bas kilang yang dikatakan mengalami kerosakan brek menyebabkan 13 kenderaan lain turut kemalangan.
Bas kilang yang dikatakan mengalami kerosakan brek menyebabkan 13 kenderaan lain turut kemalangan.

"Saya dengar bunyi 'booom' dari belakang, dalam sekelip mata kenderaan Perodua Alza saya meluncur ke hadapan dalam kiraan 10 saat, celik mata ja kereta dah remuk," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner, Adzli Abu Shah berkata, kawasan tempat kemalangan yang curam dan berbukit menyebabkan kelajuan bas berkenaan gagal dikawal.

Artikel Berkaitan:

Antara kenderaan yang terbabit kemalangan berdekatan lampu isyarat Jalan Lencongan Timur.
Antara kenderaan yang terbabit kemalangan berdekatan lampu isyarat Jalan Lencongan Timur.

"Akibat masalah brek, bas terbabit meluncur ke hadapan mengakibatkan pelanggaran dengan sebuah kereta di hadapannya.

"Impak daripada pelanggaran itu menyebabkan kesemua kenderaan di hadapan berlanggar sesama sendiri," katanya.

Kemalangan membabitkan 14 buah kenderaan di Bandar Amanjaya Sungai Petani.
Kemalangan membabitkan 14 buah kenderaan di Bandar Amanjaya Sungai Petani.

Beliau berkata, terdapat mangsa yang cedera namun belum dikenal pasti jumlah sebenar.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Rawatan awal diberikan di lokasi kejadian.
Rawatan awal diberikan di lokasi kejadian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!