Huawei terus diyakini pembekal paling dipercayai
SYARIKAT pengeluar telefon tersohor, Huawei Technologies mencatat kenaikan 23.2 peratus keuntungan pendapatan pada separuh pertama tahun ini sekali gus mencatat CNY401.3 bilion (RM238 bilion).
Margin keuntungan bersih syarikat it 8.7 peratus dengan pendapatan jualan separuh pertama 2019 mencapai CNY146.5 bilion (RM86.67 bilion). Ia seiring hasil pertumbuhan stabil dalam pengeluaran dan penghantaran peralatan untuk rangkaian tanpa wayar, optik, komunikasi data IT dan domain produk.
Pengerusi Huawei Technologies, Liang Hua berkata, pendapatan jualan dicatatkan mencecah CNY31.6 bilion (RM18.7 bilion) dan Huawei terus meningkatkan portfolio ICTnya di beberapa domain termasuk pengkomputeran awan, kecerdasan buatan (Ai), rangkaian kampus, pusat data, Internet of Things (IoT) dan pengkomputeran pintar.
"Sehingga kini, Huawei memperoleh 50 kontrak 5G komersial dan menghantar lebih daripada 150,000 stesen pangkalan ke pasaran di seluruh dunia. Jenama itu kekal sebagai pembekal yang dipercayai untuk pelanggan kerajaan dan pengguna serta pelanggan dalam sektor komersil seperti kewangan, pengangkutan, tenaga dan kereta.
"Dengan pengurusan yang berkesan dan prestasi cemerlang dalam semua petunjuk kewangan, perniagaan Huawei terus kukuh pada separuh pertama tahun ini," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Penghantaran telefon pintar Huawei (termasuk telefon Honor) mencapai 118 juta unit, meningkat sebanyak 24 peratus dalam pertumbuhan pesat dalam penghantaran tablet, komputer (PC) dan wearable.
"Huawei juga memperhebatkan ekosistem perantinya untuk menyampaikan pengalaman pintar yang lebih lancar dalam semua senario pengguna utama.
"Sehingga kini, ekosistem perkhidmatan bergerak Huawei mempunyai lebih daripada 800,000 pemaju berdaftar dan 500 juta pengguna di seluruh dunia," katanya lagi.
Menurut Liang, perolehan meningkat pesat hingga Mei lalu walaupun jenama itu pernah disenaraikan dalam entititi yang disekat Barat.
“Namun, kami terus bertahan dan yakin dengan masa depan bahkan akan terus melabur seperti yang dirancangkan termasuk kos NYR120 bilion dalam R&D tahun ini. Yakini Huawei akan memasuki peringkat pertumbuhan baharu," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!