KXP AirportCity kini beroperasi di Menara BDB

Mukhriz (dua dari kanan) bergambar bersama-sama Dr Ir Annuar Mohd Saffar (dua dari kiri), Pengerusi Kumpulan BDB, Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi (kanan) serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Faris Najhan Hashim (kiri).
Mukhriz (dua dari kanan) bergambar bersama-sama Dr Ir Annuar Mohd Saffar (dua dari kiri), Pengerusi Kumpulan BDB, Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi (kanan) serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Faris Najhan Hashim (kiri).
A
A
A

ALOR SETAR - Menara Bina Darulaman Berhad (BDB) di Lebuhraya Darulaman di sini kini menjadi pusat operasi pentadbiran KXP AirportCity Holdings Sdn Bhd (KXP AirportCity) bagi menguruskan dan mengendalikan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).

KXP AirportCity yang juga merupakan syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) itu telah mula beroperasi di tingkat bawah Menara BDB bermula 1 Ogos lalu selepas berpindah daripada pejabat sementara di Wisma PKNK.

Ketua Pegawai Eksekutif KXP AirportCity, Datuk Dr Ir Annuar Mohd Saffar berkata, operasi KXP di sini adalah selari dengan perkembangan operasi syarikat yang bertambah skala operasinya supaya dapat berjalan dengan lancar, teratur, efisien dan yang paling penting mengikut jadual perlaksanaan kerja yang telah ditetapkan mengikut jadual.

Menurutnya, pemilihan Menara BDB adalah disebabkan lokasinya yang cukup strategik dan kondusif serta ia akan dapat menzahirkan imej korporat hingga ke tahap bertaraf antarabangsa.

"Dengan lokasi yang terletak di tengah-tengah bandaraya Alor Setar yang mana ia mempunyai hubungan rangkaian-rangkaian perniagaan yang meluas sudah tentu akan dapat memberikan nilai tambah kepada perkembangan syarikat," katanya dalam kenyataan selepas lawatan kerja rasmi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Mahathir ke Menara BDB semalam.

Annuar berkata, BDB dan KXP AirportCity kedua-duanya adalah anak syarikat PKNK dan kedua-duanya akan berpeluang beroperasi secara efisien dalam memanfaatkan perkongsian kekuatan pengurusan serta penggunaan kemudahan asas infrastruktur masing-masing yang dimiliki bagi membolehkan perlaksanaan projek yang memberi impak tinggi ini.

Untuk rekod, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Mac lalu mengumumkan tujuh projek mega bagi negeri Kedah yang telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia bernilai lebih RM4.73 bilion.

Ia melibatkan pembangunan KXP Aerotropolis bagi pembangunan yang meliputi KXP Airport City, Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim sahaja berjumlah RM3.6 bilion serta Hab Industri dan Pembuatan Logistik di Sidam.

Artikel Berkaitan:

Di samping itu, ia turut merangkumi dua fasa projek Lebuh raya Koridor Utara sepanjang 70 kilometer, perpustakaan digital di Alor Setar, taman industri petrokimia serta pelaksanaan Program Kasih Ibu Darul Aman (KIDA).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!