Kerajaan Sabah ucap takziah keluarga Mejar Zahir
KOTA KINABALU - Kerajaan negeri Sabah merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya atas pemergiannya semasa melaksanakan gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dan Briged ke-13 Infantri Malaysia (13 Bgd) di Kem Lok Kawi hari ini.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam satu kenyataan di sini berkata, semoga keluarga Allahyarham terus tabah dan sabar atas berita duka ini.
"Marilah kita sama-sama berdoa agar rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:
Anak AR Badul maut terkena tembakan
'ALLAH lebih menyayangi beliau'
Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Mejar Zahir Armaya
Mejar Mohd Zahir, 36, meninggal dunia selepas dipercayai tertembak sewaktu gimik pelancaran itu.
Beliau adalah pegawai komando dari 11 Grup Gerak Khas (11 GGK) meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi tadi di Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu, selepas dimasukkan ke Unit Kecemasan.
Allahyarham, anak kepada pelakon serta pelawak veteran AR Badul, bertugas di Kem Sungai Udang, Melaka dan berasal dari Kuala Lumpur merupakan seorang bapa kepada lima anak berusia antara 5 bulan hingga 9 tahun. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!