Warga emas nyaris maut selepas terjatuh sungai

Mangsa berjaya dinaikkan dan diselamatkan oleh anggota BBP Jerantut petang tadi. - Foto Ihsan Bomba
Mangsa berjaya dinaikkan dan diselamatkan oleh anggota BBP Jerantut petang tadi. - Foto Ihsan Bomba
A
A
A

JERANTUT - [DIKEMASKINI] Seorang warga emas berdepan detik mencemaskan selepas dipercayai terjatuh dan dihanyutkan arus deras di Sungai Betong dekat Jalan Jan di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.32 petang itu, lelaki berusia 70-an tahun itu berjaya diselamatkan oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan dalam satu kenyataan memberitahu, tujuh anggota diketuai Ketua Balai BBP Jerantut, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Zulkifli Mohamad Zainal bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan orang awam.

Menurutnya, anggota terlibat bertindak menarik mangsa dengan menggunakan tali dan seterusnya anggota turun ke sungai dengan menggunakan tangga.

"Mangsa berjaya dinaikkan ke tebing dan mengalami kecederaan.

"Lelaki itu kemudiannya dihantar ke Hospital Jerantut dengan ambulans untuk menerima rawatan selanjutnya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!