Pesawat SIA patah balik kerana hilang tekanan kabin
Pesawat SQ336 yang membawa 234 penumpang itu meninggalkan lapangan terbang terbabit pada 12.46 pagi (waktu tempatan) dan dijadualkan tiba di Paris pada jam 7.15 pagi (waktu Perancis).
Menurut laman web pengesan penerbangan, Flightradar24, pesawat itu naik pada ketinggian 7,315 meter (m) selepas 15 minit dan berada di ruang udara Malaysia sebelum ia berpatah balik dan berada pada ketinggian 1,828 m.
Jurucakap SIA memaklumkan, pesawat itu terpaksa berlegar-legar di ruang udara selama kira-kira sejam untuk membuang minyak sebelum ia mendarat.
"Topeng oksigen juga dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga ketika situasi itu berlaku. Ia selama mendarat di Lapangan Terbang Changi pada jam 2.30 pagi dan tiada penumpang atau kru dilaporkan cedera," ujarnya.
Difahamkan, penerbangan itu diteruskan pada jam 6 pagi selepas menukar pesawat. - CNA
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!