Seru roh jahat, sekolah Katolik haramkan novel Harry Potter
![Mantera yang terdapat dalam siri novel Harry Potter itu didakwa berisiko memanggil roh jahat.](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2019/09/04/451219.jpg)
WASHINGTON - Penghalau hantu menasihatkan paderi di sebuah sekolah Katolik di Nashville, Amerika Syarikat supaya mengharamkan buku Harry Potter atas kebimbangan siri novel popular itu mungkin akan digunakan untuk menyeru roh.
Paderi Dan Reehil dilaporkan menghubungi penghalau hantu di Rom dan Washington yang menyarankan kesemua novel Harry Potter hasil tulisan J K Rowling dikeluarkan daripada perpustakaan Sekolah Katolik St Edward di Tennessee.
"Mantera yang digunakan dalam buku itu adalah ayat sebenar yang apabila dibacakan berisiko memanggil roh jahat," kata paderi terbabit.
Sementara itu, penguasa sekolah, Rebecca Hammel memberitahu akhbar The Tennessean bahawa Reehil mempunyai kuasa untuk membuat keputusan itu.
"Walaupun kami menyimpan buku tersebut, ia tidak akan ditawarkan secara terbuka kepada pelajar di perpustakaan baharu yang akan dibuka," ujarnya.
Siri novel kegemaran ramai yang turut diadaptasi kepada filem itu juga dilarang di kebanyakan sekolah di AS dan Britain kerana didakwa mempromosikan nilai syaitan atau ilmu hitam. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Bekas PM Mauritius ditangkap kes pengubahan wang haram
Seseorang yang menyelamatkan negaranya tidak melanggar undang-undang - Trump
Pesawat Tentera Laut AS lakukan pendaratan cemas di Filipina
Pengantin perempuan lari, adik jadi ganti
Isu penjaja rasis: Mohd Na'im nasihat hormati sensitiviti etnik, agama
Suspek kes bunuh Norshamira sempat gadai gelang emas bernilai RM30,000
Abdul Karim gagal pertahan jawatan Naib Presiden PBB, Ibrahim raih undi tertinggi