Bas pelancong terbalik, beberapa penumpang dikhuatiri terbunuh

Mangsa kemalangan bas pelancong di Lebuhraya New Zealand dibantu anggota bertugas.
Mangsa kemalangan bas pelancong di Lebuhraya New Zealand dibantu anggota bertugas.
A
A
A

WELLINGTON - Beberapa penumpang dikhuatiri terbunuh, manakala enam lagi cedera, apabila sebuah bas yang membawa pelancong terbabit kemalangan di utara New Zealand, kata pasukan penyelamat, hari ini.

Menerusi laporan AFP, polis berkata, lebih daripada 20 orang berada di dalam kenderaan malang itu ketika ia terbabit dalam kemalangan dan 'terbalik' kira-kira 20 kilometer di atas lebuh raya di barat Rotorua, kawasan pelancongan yang terkenal dengan air panas.

“Kami mengesahkan berlaku kematian dalam kemalangan itu, bagaimanapun jumlah sebenar masih belum dapat dipastikan,” kata polis dalam satu kenyataan.

Laporan media tempatan mengesahkan penumpang bas terbabit terdiri daripada pelancong dari China dan penterjemah China sudah dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu mangsa yang terselamat.

Menurut laporan akhbar ‘Rotorua Post’, enam orang dikhuatiri meninggal dunia.

Sementara itu, perkhidmatan ambulans St John berkata, lima helikopter dan ambulans dikejarkan ke tempat kejadian dan mangsa dipindahkan ke hospital berhampiran wilayah itu.

Setakat ini, dua orang disahkan parah, empat yang lain cedera ringan dan 15 yang lain masih dalam penilaian. Usaha untuk menghubungi kedutaan China di Welllington masih tidak berjaya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!