Tun M, Putin bincang perkukuh hubungan dua hala

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) bercakap kepada Presiden Rusia Vladimir Putin ketika mesyuarat dua hala antara kedua-dua negara sempena Forum Ekonomi Timur (EEF) kelima hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) bercakap kepada Presiden Rusia Vladimir Putin ketika mesyuarat dua hala antara kedua-dua negara sempena Forum Ekonomi Timur (EEF) kelima hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

VLADIVOSTOK - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Rusia Vladimir Putin mengadakan mesyuarat dua hala di luar acara Forum Ekonomi Timur (EEF) bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Dalam perbincangan selama 30 minit di bandar pelabuhan menghadap Golden Horn Bay dekat sempadan China dan Korea Utara itu, kedua-dua pemimpin turut membincangkan isu perdagangan dan inovasi.

Mahathir dan Putin sebelum ini bertemu di luar sidang kemuncak Asia Timur di Singapura tahun lepas.

EEF yang ditubuhkan oleh dekri Putin pada 2015 untuk menyokong pembangunan ekonomi Timur Jauh Rusia, berlangsung antara 4 dan 6 September, 2019 di kampus Far Eastern Federal University (FEFU).

Penganjur program, Roscongress Fundation, memetik Putin sebagai berkata bahawa pembangunan Timur Jauh Rusia, termasuk memperkukuh ekonomi dan potensinya dalam inovasi, selain meningkatkan taraf hidup penduduknya, merupakan keutamaan negara yang tidak dapat dipertikaikan.

"Perkongsian antara kalangan perniagaan Rusia dan Rantau Asia Pasifik semakin kukuh," katanya dalam ucapan alu-aluan kepada semua peserta EEF.

Malaysia dan Rusia menikmati lebih 50 tahun hubungan diplomatik yang mesra. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!