Dr M periksa perbarisan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu
PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, selaku Pengerusi Bersatu melakukan pemeriksaan perbarisan pada hari ketiga Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu kali ke-2 hari ini.
Perbarisan itu disertai 100 Armada dan Srikandi Wilayah Persekutuan.
Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Perjuangan Kita bergema di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) kali ini.
Turut hadir, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Setiausaha Agong, Datuk Marzuki Yahya dan pemimpin yang lain.
Majlis itu berlangsung selama 10 minit sebaik sahaja Mahathir tiba jam 8.25 pagi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!