Anwar nafi terlibat dalam video intim mirip menteri
PETALING JAYA - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau terlibat dengan pendedahan terbaharu video intim mirip seorang menteri kanan.
“Saya tidak terlibat. Saya tidak mahu terlibat dalam hal ini,” katanya menerusi laporan portal berita Malaysiakini di sini hari ini.
Beliau berkata demikian oleh pemberita berhubung penyebaran rakaman enam video intim terbaharu itu pada Majlis Pelancaran Forum Antirasuah di Petaling Jaya hari ini.
Video terbaharu yang bertajuk 'Video Terkini Azmin' itu diedarkan melalui kumpulan WhatsApp pada jam 3.35 pagi tadi.
Dalam pada itu, Anwar turut ditanya mengenai setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan menasihatkan supaya dia berjumpa dengan pihak polis.
Farhash Wafa yang juga merupakan Pengerusi PKR Perak, dipercayai terbabit dalam satu kejadian rusuhan bersenjata di Kompleks Sukan Arena All Stars, Taman Dagang Permai di sini pada Sabtu lalu.
"Ya, dia sepatutnya sekalipun jika dia menarik semula laporan polis yang dibuatnya. Dia mesti berjumpa dengan polis dan telah dinasihatkan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!