Kastam rampas rokok seludup bernilai RM25.4 juta

No Image Caption
A
A
A

KEMAMAN - Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas sejumlah 306 batang rokok seludup bernilai RM25.4 juta di seluruh negara tahun ini.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Paddy Abdul Halim berkata, seramai 1,214 orang ditahan berhubung penyeludupan rokok dalam tempoh 1 Januari hingga semalam yang membabitkan nilai keseluruhan cukai RM277 juta.

“Bagi membanteras aktiviti berterusan, Kastam akan meningkatkan pemantauan di kawasan tumpuan seperti di lapangan terbang dan sempadan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Kastam Kemaman di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Kastam Terengganu, Datuk Radzi Muhamad.

Dalam pada itu menurutnya, Kastam Terengganu berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan rokok selepas menangkap seorang pemandu lori berumur 31 tahun di jalan masuk Tol Kerteh Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) di sini Jumaat lalu.

Paddy berkata, Kastam merampas 113,500 kotak rokok dipercayai belum lulus Kastam bernilai RM207,200 dengan nilai cukai berjumlah RM1.5 juta hasil pemeriksaan terhadap lori itu.

"Pemeriksaan juga mendapati lori itu adalah milik sebuah syarikat di negeri ini yang menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!