'Kecoh ada mayat dalam tangki air di Port Dickson'

Keratan Facebook yang menyebarkan berita tersebut.
Keratan Facebook yang menyebarkan berita tersebut.
A
A
A

SEREMBAN - Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) menafikan dakwaan terdapat mayat di dalam sebuah tangki air di Port Dickson.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Sains, Norzita Ismail berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan di beberapa buah tangki di daerah itu.

"Berhubung isu itu, Sains telah buat siasatan tapak di beberapa tangki di Port Dickson dan Springhill, mendapati semua tangki dalam keadaan selamat dan terkawal.

"Tiada juga sebarang penemuan mayat seperti ditularkan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, penduduk dinasihatkan tidak mempercayai dakwaan berkenaan dan syarikat itu akan membuat laporan polis bagi mengesahkan tangki miliknya berada dalam keadaan terkawal.

Sejak malam tadi, tular dakwaan di laman Facebook terdapat beberapa individu yang mengalami cirit-birit dan muntah kerana tangki air di daerah itu terdapat mayat lebih tiga hari.

Ia mendapat reaksi ramai netizen yang mempersoalkan sama ada dakwaan itu betul atau tidak.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!