Gaduh: Anwar nasihat pembantu jumpa polis

Anwar
Anwar
A
A
A

PETALING JAYA – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati pembantunya agar berjumpa dengan pihak polis bagi membantu siasatan kejadian pergaduhan berhampiran sebuah kompleks sukan di Ampang, Sabtu lepas.

“Beliau patut...saya fikir beliau harus menemui polis, beliau telah dinasihatkan,” katanya selepas menyampaikan ucaptama pada forum anti-rasuah Malaysia di sini hari ini.

Menurut polis pembantu Anwar itu dipercayai salah seorang daripada 12 lelaki yang terlibat dalam pergaduhan itu, menyebabkan seorang tercedera.

Sementara itu mengulas tentang video seks yang didakwa melaibatkan seorang pegawai kanan partinya Anwar berkata beliau tidak terlibat.

Media melaporkan bahawa enam video tersebut telah diedarkan.- Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!