Neymar menangis gagal pindah

Neymar dikatakan cukup kecewa apabila gagal kembali menyertai Barcelona.
Neymar dikatakan cukup kecewa apabila gagal kembali menyertai Barcelona.
A
A
A

BINTANG Paris Saint-Germain (PSG), Neymar dilaporkan menangis selepas gagal berpindah ke kelab lamanya, Barcelona sebaik jendela perpindahan pemain ditutup Isnin lalu.

Menurut laporan media antarabangsa, Neymar turut berang dengan PSG yang enggan melepaskannya walaupun Barcelona telah membuat beberapa tawaran untuk kembali mengikat bintang Brazil itu.

“Neymar dilapor sangat sedih dengan tindakan PSG yang tidak menerima tawaran Barcelona. Staf dan pemain di kelab itu tidak pernah melihat Neymar sedih begitu.

“Namun, PSG tetap dengan pendirian untuk tidak melepaskan Neymar. Sukar untuk membayangkan bagaimana Neymar mampu untuk memberikan aksi terbaik di atas padang ketika mewakili kelab itu nanti,” kata laporan itu.

Sepanjang jendela perpindahan pada musim panas lalu, Neymar dikatakan akan meninggalkan PSG dengan Barcelona menjadi destinasi buat penyerang berusia 27 tahun itu.

Barcelona juga menyatakan minat untuk kembali mendapatkan Neymar, malah telah memulakan rundingan dengan kelab gergasi Perancis itu.

Namun, rundingan itu tidak menemui kata sepakat sehinggalah jendela perpindahan ditutup pada Isnin lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!