Persoal keputusan tanpa pengetahuan ahli PAC
Aznel (kanan) bersama Razman pada sidang media.
A
A
A
Adun Pengkalan Hulu, Datuk Aznel Ibrahim berkata, berdasarkan mesyuarat pada 15 November lalu memang ada cadangan untuk memanggil kedua-dua individu tersebut tetapi tiada sebarang keputusan rasmi dibuat.
Menurutnya, mesyuarat untuk memutuskan sama ada kedua-dua individu itu dipanggil atau sebaliknya akan dibuat pada 23 November ini.
"Kami terkejut dengan kenyataan pengerusi itu kerana ia tidak pernah dibincang atau diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan.
"Perkembangan ini sangat membimbangkan kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah PAC Perak apabila sesuatu keputusan penting dibuat secara unilateral atau bersendirian tanpa pengetahuan semua ahli PAC," katanya kepada pemberita, hari ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Adun Gunung Semanggol, Razman Zakaria di Hotel Impiana, di sini.
Aznel berkata, pihaknya bimbang PAC mula dijadikan perkakasan politik untuk mencipta persepsi buruk apabila keputusan memanggil sesi pendengaran itu dibuat sehari sebelum Sidang Dun berlangsung pada 26 November.
"Kita juga hairan arahan ini datangnya dari kerajaan yang melaung-laungkan prinsip 'Rule of Law', yang jelas diketepikan dalam perkara ini.
"Kredibiliti PAC akan tercabar sekiranya benar laporan media yang memetik kenyataan Leong bahawa sesi pendengaran tersebut bertujuan untuk menyiasat mengapa MB Inc tidak pernah membentangkan laporan kewangan kepada Dun," katanya.
Menurut Aznel, isu pembentangan laporan kewangan MB Inc itu sudah banyak kali dijawab dalam sidang Dun sebelum ini malah tiada mana-mana negeri yang membentangkan laporan kewangan perbadanan mereka di dalam sidang Dun.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!