Armada sasar sehingga 50 pertaus penyertaan dalam kerajaan
PUTRAJAYA - Pemuda Bersatu mensasarkan 40 hingga 50 peratus penyertaan anak muda di dalam pimpinan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Exco Perhubungan Antarabangsa, Muhammad Muzzammil Ismail berkata, peluang perlu diberikan kepada anak muda yang berkelayakan bagi memperoleh pengalaman.
"Apabila peluang itu diberikan, barulah anak muda boleh deliver kepakaran mereka dalam perkhidmatan," katanya.
Menurutnya, Kelab Bunga Raya mempunyai ramai bakat muda yang berpotensi untuk diketengahkan.
"Selain daripada politik, kelab ini berperingkat untuk mengumpul anak muda daripada pelbagai latar belakang untuk berada di bawah Akademi Bunga Raya," katanya.
Semalam, Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Ali berkata, perwakilan mencadangkan agar orang muda diberikan peranan dalam bidang pentadbiran baik di peringkat kampung, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Menyentuh mengenai Tabung Pendidikan Bersatu, Muhammad Muzammil berkata, buat permulaan tabung itu dibuka kepada ahli Armada yang berkelayakan.
"Perwakilan menyokong penuh dan usul itu akan di bawa ke peringkat lebih tinggi," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!