Empat maut helikopter penyelamat terhempas di UAE

Sebuah helikopter penyelamat terhempas di Ras Al-Khaimah. - Foto Gulf News
Sebuah helikopter penyelamat terhempas di Ras Al-Khaimah. - Foto Gulf News
A
A
A

DUBAI - EMIRIAH ARAB BERSATU . Sebuah helikopter penyelamat terhempas di Ras Al-Khaimah semalam, mengorbankan kesemua empat anggotanya, kata agensi berita rasmi Emiriah Arab Bersatu (UAE) WAM.

Pemerintah Ras Al-Khaimah, Sheikh Saud bin Saqr al-Qasimi, mengarahkan siasatan segera susulan nahas yang berlaku pada kira-kira jam 5.50 petang (waktu tempatan), itu.

“Pihak Berkuasa Penerbangan Awam mengumumkan kemalangan membabitkan helikopter Agusta 139 semasa misi menyelamat di Jebel Jais di Ras al-Khaimah,” kata laporan itu.

Pusat Mencari dan Menyelamat Kebangsaan UAE berkata terdapat empat penumpang di dalam helikopter terbabit.- AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!